Secara dasarnya, selepas mendaftar sebagai Ambassador / Ejen kepada TENOX Agrobusiness (M) Sdn Bhd ("Syarikat"), tuan /puan tertakluk kepada hak-hak yang ditawarkan oleh pihak Syarikat dan pada masa yang mempunyai pertanggungjawaban yang perlu dipatuhi seperti berikut:-
1. Hak - Hak Sebagai Ambassador / Ejen
- Memperolehi imbuhan dari segi untung runcit, bonus jualan sendiri dan kumpulan mengikut format yang ditetapkan oleh pihak Syarikat dan insentif pernigaan yang diperkenalkan dari masa ke semasa.
- Memperkembangkan lagi perniagaan dengan melantik sub-Ambassador / Ejen yang tertakluk kepada peraturan seragam yang ditetapkan oleh pihak Syarikat.
- Secara automatik dan berstatus aktif dan mengikuti terma minimum, semua waris Ambassador /ejen berdaftar di sistem akan layak mendapat manafaat RM2,000 sekiranya berlakunya kematian kepada Ambadsador / ejen dibawah konsep 'Tabarru' dari sebahagian hasil yuran pendaftaran.
2. Pertanggungjawaban
- Bayaran penuh yuran perlu dibuat untuk menjadi Ambassador / Ejen Susu Kambing Segar UHT Kaprima dan produk-produk yang diperkenalkan dari masa ke semasa.
- Bersedia untuk dilupuskan kedudukan sebagai Ambassador/Ejen sekiranya berstatus tidak lagi aktif.Tidak lagi aktif bermaksud, tiada sebarang pembelian dibuat dalam tempoh 60 hari berturut-turut.
- Manafaat RM2,000 kepada waris dari hasil konsep Tabarru' hanya boleh diperolehi sekiranya status Ambassador / Ejen masih aktif dan membuat pembelian minimum sebanyak 2 kotak setiap bulan dalam tempoh aktif.
Semua hak-hak dan pertanggungjawaban di atas adalah perkara dasar yang termaktub secara rasmi dan merujuk kepada persetujuan di antara kedua-dua pihak (" Perjanjian"). Sekiranya surat Perjanjian lain diperlukan oleh mana-mana Ambassador / Ejen, pihak Syarikat akan menyediakannya di atas permintaan masing-masing.